Kenyataan SanctionsKill dalam Bahasa Melayu

Sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Amerika telah menjejaskan satu pertiga penduduk dunia di 39 buah negara. Sertai pergerakan menentang perang ekonomi yang kejam ini. Membiarkan jutaan orang awam kebuluran dan diserang penyakit adalah satu jenayah kemanusiaan dan ia melanggar undang undang antarabangsa. Tindakan yang disengajakan bertujuan untuk menganggu kestabilan ekonomi telah membangkitkan gerakan yang membantah kekejaman ii

Dalam masa seminggu, lebih 1,000 pertubuhan dan individu telah menyahut dan memberi sokongan mereka kepada Seruan Bertindak Anyarabangsa Para sukarelawan telah menterjemahkan Seruan Bertindak ini ke dalam 10 bahasa.

Beri sokongan terhadap kempen ini sama ada sebagai pertubuhan atau individu di: SanctionsKill.org.

Anjurkan satu acara di tempat anda! Hantarkan maklumat ke info@sanctionskill.org

Organisasi sedang membincagkan pelan pada peringkat tempatan. Aktivis mendapatkan sokongan dari jaringan dan rangkaian kenalan mereka. Setiap acara yang dianjurkan akan menggalakkan tindakan yang lain

Banyak pertubuhan telah bersuara dalam menentang perang sekatan ekonomi terhadap negra-negara terlibat. Ini merupakan satu kesempatan untuk bersama sama meningkatkan kesedaran terhadap isu yang penting ini. Kempen boleh dilakukan menerusi pelbagai cara seperti protes dan demonstrasi aman, melobi, kempen petisyen dan pelbagai lagi usaha menjurus ke arah pendidikan.

Seluruh dunia tahu mengenai sekatan ekonomi terhadap Venezuela, Cuba, Iran, Rusia dan China . Tetapi impak akibat dari sekatan terhadap Palestin — atau ke atas negara-negara miskin seperti Mali, Zimbabwe, Republik Afrika Tengah, Fiji, Nicaragua dan Laos — langsung tidak di sedari oleh kumpulan-kumpulan hak asasi manusia.

Amerika Syarikat sengaja menyembunyikan sekatan-sekatan yang dikenakan dari paparan media.

Terdapat beberapa negara dunia yang telah dirampas aset dan akaun bank negara terbabit dibekukan oleh wall street. Malah import makanan, ubat ubatan dan alat ganti asas turut disekat serta merta. Lagkah terancang oleh kerajaan Amerika syarikat ini bertujuan untuk melemahkan pembangunan program-program sosial supaya negara-negara berkenaan terpaksa melaksanakan penstrukturan semula yang akan memanfaatkan kuasa korporat AS.

Sekatan Membunuh!!!/ 

Sekatan adalah Peperangan! Hentikan Sekatan Sekarang JUGA!

Anjurkan acara di kawasans anda untuk menentang sekatan oleh Amerika syarikat

 

email: Info@SanctionsKill.org